
Thursday, December 30, 2010
REGISTER!!

Posted by ::eina adnan:: at 4:17 AM 0 comments
Tuesday, December 28, 2010
28 dec 2010





Posted by ::eina adnan:: at 7:12 AM 0 comments
Sunday, December 26, 2010
:)..SAYANG KORANG!!!..Mmmuaaahhh


Posted by ::eina adnan:: at 8:19 AM 0 comments
Friday, December 24, 2010
bluurrr..???

Posted by ::eina adnan:: at 7:57 AM 0 comments
HeADeR!!!!!
Posted by ::eina adnan:: at 12:32 AM 0 comments
Thursday, December 23, 2010
WAAAUUU!!!!!


Posted by ::eina adnan:: at 5:43 AM 0 comments

Posted by ::eina adnan:: at 12:23 AM 0 comments
Labels: http://www.mylivesignature.com/
Monday, December 20, 2010
rase2 :P



Posted by ::eina adnan:: at 11:23 PM 0 comments
X PAHAM R!!!
Posted by ::eina adnan:: at 6:35 AM 0 comments
Saturday, December 18, 2010
Posted by ::eina adnan:: at 7:54 PM 0 comments
Thursday, December 16, 2010
Posted by ::eina adnan:: at 10:56 PM 0 comments
ntah la..
Posted by ::eina adnan:: at 8:37 PM 0 comments
SAKITNYE ATI!!!!!
Posted by ::eina adnan:: at 4:41 AM 0 comments
BuhSan!!!!!
Posted by ::eina adnan:: at 3:41 AM 0 comments
Wednesday, December 15, 2010
siapa yg CANTIK???
Siapa yang cantik? Awak cantik? Saya? Atau dia? Kalau di Bollywood mungkin kata mereka, Aishwarya Rai yang tercantik, atau di Hollywood, Paris Hilton adalah cantik pada pandangan mereka dan mungkin juga di Malaysia, Fasha Sandha yang tercantik. Siapa agaknya yang dapat memberi definisi dan ciri-ciri tepat tentang apa yang dikatakan sebagai 'cantik'? Cantik adalah sesuatu yang sangat subjektif. Setiap orang mempunyai definisi kecantikan masing-masing. Mungkin bagi saya, cantik adalah begitu dan begini, tapi bagi anda, lain pula. Tiada siapa dapat memberi definisi tepat tentang cantik. Mata lah yang akan mendefinisi cantik. Namun kini, pada pendapat saya, barat sudah pun mempengaruhi definisi cantik pada dunia dan hampir seluruh dunia memakai definisi cantik barat. Kadang kala, cantik juga didefinisi mengikut tempat, kaum dan budaya. Kalau di barat sekarang, the thinner the better, tapi berbeza pula di Mauritania, Africa, the bigger the better. Orang di barat berperang dengan aneroksia dan bulimia akibat mahu kurus, sebaliknya di Mauritania, wanita mengamalkan 'makan paksa' sejak berumur 5-6 tahun untuk gemuk, agar menjadi cantik dan mudah mendapat jodoh. Sungguh berbeza kan? Definisi kecantikan yang sungguh berbeza. Ataupun, ada juga yang sanggup melakukan pelbagai cara yang pada pandangan kita pelik dan tidak masuk akal tetapi pada mereka, itulah cantik! Satu kaum di Thailand menganggap leher panjang itu cantik, lantas sejak dari umur 5 tahun lagi, mereka sudah dipakaikan gelang logam di leher agar leher mereka akan menjadi semakin panjang dan panjang dan panjang justeru mereka cantik dan mudah mendapat jodoh. Di Sarawak pula, suku kaum Oran Ulu menganggap telinga panjang itu sangat cantik pada mata mereka, lagi panjang, lagi cantiklah seseorang wanita itu pada pandangan mereka. Tapi kini, generasi muda sudah tidak lagi mengamalkan amalan ini. (Mungkin sudah terikut-ikut definisi cantik barat..hmmm) Perlukah jadi cantik? Di Mexico, kaum wanita menghabiskan separuh dari gaji mereka untuk kecantikan seperti ke salun, malahan ada juga pakej bayar secara ansuran untuk pembedahan plastik. Atau di Iran, pembedahan hidung sangat popular di sana. Wanita Iran sanggup berkorban wang ringgit demi mendapatkan hidung yang diidam-idamkan lantaran kata mereka, hidung mereka besar. Tetapi saya tertanya-tanya juga, bukankah mereka Islam dan Islam melarang pembedahan plastik untuk tujuan kecantikan? Wallahualam. Bayangkan betapa wanita-wanita ini mahu kelihatan cantik. Betapa pentingnya menjadi cantik pada seorang wanita itu. Macam-macam sanggup dikorbankan, wang ringgit, masa, kesakitan yang perlu ditanggung demi cantik, bahkan, hukum agama pun sanggup dilanggar demi cantik. Tidak kisahlah perbuatan mereka dilarang agama, janji mereka kelihatan cantik. Plastic surgery,Botox, liposuction, gastric bypass sekarang bermain di sekitar hidup wanita demi cantik. Walaupun mereka sedar akan kesan sampingan perbuatan ini, semua itu ditolak tepi, demi CANTIK. Innallah jamil, wa yuhibbu jamal: Allah itu cantik dan sukakan kecantikan. Kata mereka, apabila diri terasa cantik, barulah mereka ada keyakinan diri. Saya juga bersetuju dengan ini, tetapi bukanlah sampai sanggup berkorban segalanya demi cantik. Allah suka akan kecantikan, tetapi bukan lah sehingga mengubah ciptaanNya. Tambahan lagi, mereka yang ekstrem mahu kelihatan cantik ini, bukanlah mahu kelihatan cantik di mata Allah, tapi di mata manusia. Semuanya dilakukan agar kelihatan cantik pada manusia dan agar mendapat tempat di hati manusia. Dulu sewaktu kecil, saya juga suka kelihatan cantik. Kalau baju pink, maka seluruh badan perlu pink termasuklah sepit dan pengikat rambut. Tapi kini, saya bukan perempuan yang obses cantik, kerana pada saya, cantik bukan sekadar di wajah, tapi cantik itu dari akhlak dan keimanannya kepada Pencipta. Cantik akan pudar walau cuba dipertahankan, tapi akhlak itu hiasan yang kekal pada diri seorang wanita. Wanita yang cantik akhlaknya, maka cantiklah luarannya. Tiada guna mempunyai wajah seindah bidadari kerana satu hari nanti, kita cuma akan menjadi tengkorak yang menakutkan. Bukanlah tidak perlu menjadi cantik dan perlu mejadi buruk sedangkan Allah menyukai kecantikan, tetapi, biarlah cantik itu kerana Allah, dan definisi cantik itu juga perlu sesuai dengan Islam. Janganlah sanggup melanggar larangan agama demi kelihatan cantik. Perbaikilah akhlak diri sekaligus, anda akan kelihatan cantik pada pandangan Allah dan pandangan manusia. Bersyukurlah dan berpuas hati lah dengan kurniaan Allah kepada kita, dan gunakan ia sebaik-baiknya hanya keranaNya. Tiada yang lebih indah pada ibu bapa selain anak-anak yang soleh solehah, tiada yang lebih bahagia pada seorang suami selain seorang isteri yang solehah dan tiada yang lebih bernilai pada Allah selain hambaNya yang soleh solehah.
Posted by ::eina adnan:: at 5:02 AM 0 comments
ketahuilaH..MINDA Anda mudah dipengaruhi!!!
Satu analogi mudah. Anda berada di dalam sebuah kelas matematik Tahun Satu. Guru anda menuliskan satu soalan mudah pada papan hitam; 1 + 1 = ? Guru anda meminta murid-murid di dalam kelas tersebut untuk memberikan jawapan; "1 + 1 jawabnya 2 atau 3?" Sekilas pandang, anda pasti sudah mengetahui 1 + 1 jawapannya pastilah 2. Maka anda begitu yakin untuk memberikan jawapan 2. Namun ketika itu, seorang murid mengangkat tangan dan menjawab 3. Secara tiba-tiba, murid-murid lain turut mengangkat tangan dan bersetuju dengan jawapan 3. Anda yang kebingungan dan mungkin berasa akan terasing disebabkan anda akan mengeluarkan jawapan yang berbeza daripada majoriti, serta-merta menyertai kelompok majoriti tadi dengan jawapan yang salah walaupun hakikatnya anda tahu 3 itu jawapan yang salah. Dalam erti kata lain, anda mengelak untuk menjadi seseorang yang "pelik dan berkecuali" dalam kumpulan tersebut! Pernah mengalami situasi sebegini? Mungkin ketika pembelajaran mahupun perbincangan ataupun mesyuarat. Cuba kita beralih ke sudut yang lebih dekat, dalam perspektif kehidupan seharian kita. Ada tak berlakunya keadaan CD ini? Saya beri contoh ringkas. Bagi lelaki, anda lihat rakan-rakan anda masih menyambung kerja di kala azan berkumandang. "Taknak ke masjid ke?" tanya anda. Bagi anda, sebenarnya boleh sahaja untuk menyambung kerja selepas selesai solat. Akan tetapi, disebabkan anda tidak mahu menjadi 'watak asing' dalam kelompok tersebut, anda mengalah. Kita tengok situasi untuk kaum Hawa pula. "Teringinlah nak pakai tudung labuh macam tu." bisik anda dalam hati. Maka anda menyuarakan hajat murni anda kepada rakan-rakan untuk meminta pandangan. "Tak payahlah, tudung biasa pun dah cukup. Tak panas ke?" Alasan-alasan yang diberikan oleh rakan-rakan sedikit sebanyak mematikan hajat anda. Maka anda menurut sahaja. Bak angin lalu. Dua situasi di atas merupakan contoh-contoh berlakunya keadaan cognitive dissonance (CD). Dalam teori psikologi, minda (mind power) merupakan kunci kepada tindakan dan sikap (behavioural act). Maka, sememangnya wajar dikatakan minda merupakan bahagian pertama yang mempengaruhi tindakan kita dalam kehidupan seharian. Maksimumkanlah fungsi akal anda untuk berfikir sebelum bertindak, tentang rasionaliti tindakan tersebut dan penerimaannya dalam agama. Bukankah banyak firman-Nya yang menganjurkan kita supaya banyak berfikir?Mungkin anda tak pernah dengar istilah 'cognitive dissonance' (CD). CD ini merupakan istilah psikologi. Boleh rujuk buku-buku psikologi untuk ketahui lebih lanjut tentang CD ini. Secara ringkas, CD membawa maksud satu keadaan di manaminda anda didesak untuk membuat keputusan mengikut keadaan persekitaran ataupun keputusan yang berdasarkan di luar rasional anda.
"Nantilah, habiskan kerja ni dulu." jawab mereka.
"Kau pakai labuh-labuh nanti, macam mana nak geng dengan kami?"
Posted by ::eina adnan:: at 4:58 AM 0 comments
Tuesday, December 14, 2010
saBArLah duhai Hati
Sabarlah duhai hati.
Tak perlu kau tagih cinta manusiawi yang bersifat sementara.
Ada cinta yang lebih kekal abadi buat dirimu.
Ada cinta yang bisa membuatkan kau mengalirkan airmata ketika hati merindui.
Ada cinta yang mampu memberikan ketenangan pada jiwamu ketika kamu dilanda keresahan.
Ada cinta yang boleh kau jadikan tempat merintih bila kesedihan datang menjenguk.
Ada cinta yang mampu memberikan apa sahaja yang kamu inginkan.
Namun, kadang-kadang cintamu itu pasti diuji.
Sekuat manakah cintamu pada-Nya, sehebat manakah kasih kamu pada-Nya.
Ujian datang dalam pelbagai cara.
Hatta sekecil-kecil perkara untuk menilai kesetiaanmu pada-Nya.
Andai kata kuat dan tetap hatimu pada-Nya, maka bergembiralah.
Jika hatimu goyah dan meragui kasih sayang-Nya selepas didatangkan ujian pada dirimu, maka sedarlah bahawa nilai cintamu disisi-Nya masih lemah.
Kembalilah pada cinta-Nya yang lebih agung dari kecintaanmu buat dunia dan isinya.
Sudah menjadi sunnah-Nya, setiap yang bergelar mukmin pasti akan diuji.
Dari ujian itulah, Dia mencari hamba-hamba-Nya yang benar-benar mendambakan keredhaan dari-Nya.
Apakah kau sanggup menghadapi segalaan ujian itu?
Namun, tidak ramai yang mahu mencari cinta yang kekal abadi ini kerana tidak mahu dilanda ujian-ujian ini.
Tidak ramai yang mahu mengeluarkan keringat hatta darah sekalipun untuk merasai manisnya cinta yang bertunjangkan kekuatan aqidah terhadap yang Khalid ini.
Maka sabarlah duhai hati.
Apabila telah kau rasakan manisnya cinta dari sang Pencipta,
maka tak perlu lagi kau kejar cinta manusiawi yang rata-ratanya berlandaskan nafsu semata.
Bila telah kau tetapkan hati untuk mencintai Tuhan sekalian alam, maka itulah sebenar-benarnya kecintaan yang sejati.
Dan dalam perjalanan menelusuri denai cintai terhadap-Nya yang sudah pasti disaluti onak dan duri,
akan didatangkan seorang yang turut sama mencintai-Nya sebagaimana dirimu juga.
Sebagai peneman dan yang akan menyempurnakan sebahagian daripada imanmu.
Yang padanya ada ketenangan dan kebahagiaan berpaksikan Tuhan yang Maha Satu.
Maka sabarlah duhai hati.
Tidak perlu kau gundah gulana andainya kau masih tidak berkasih dengan manusia.
Dia akan datang. Itu sudah pasti.
Namun datangnya tiada siapa yang tahu kecuali Dia sang Pencipta cinta itu.
Moga datangnya cinta insani itu, akan menguatkan lagi kecintaanmu buat sang Pencipta cinta itu sendiri.
Kerana jiwa yang sepi tanpa cinta dan kasih dari-Nya, adalah umpama padang pasir yang kegersangan.
Posted by ::eina adnan:: at 11:40 PM 0 comments